Nicholas menamatkan aksi pusingan kedua di Kelab Golf Saujana & Country, Shah Alam dengan catatan keseluruhan tiga di bawah par 141 pukulan selepas melakukan satu di atas par 73, hari ini.

Catatan tersebut tetap membolehkan Nicholas melepasi cut kejohanan apabila berada dalam kelompok 22 terbaik.

Kata Nicholas, kelemahan utamanya yang dapat dia kesan, hari ini, ialah ketika melakukan pukulan putt.

“Ketika di atas green saya lebih banyak melakukan pukulan putt terutama sewaktu sembilan lubang terakhir. Bagaimanapun secara keseluruhan saya tetap berpuas hati dengan catatan, hari ini, dan saya memandang ke hadapan untuk aksi hujung minggu,” kata Nicholas. - UTUSAN ONLINE