Dalam aksi yang berlangsung di Saujana Golf And Country Club itu, Naraajie melakukan catatan 75 pukulan, tiga di atas par untuk mengumpul 211 pukulan secara keseluruhan mengatasi Dylan Gardner, Taichi Kho dan wakil negara, Muhamad Afif Mohd. Fathi yang berkongsi kedudukan kedua dengan mengumpul 216 pukulan.

Juara Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia dari Australia, Lawry Flynn berkongsi kedudukan kelima bersama Low Wee Jin selepas masing-masing merekodkan catatan 217 pukulan secara keseluruhan.

Naraajie jelas gembira dengan kejayaan itu kerana ia merupakan kali pertama dia menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Saingan hari ini memang paling sukar kerana saya beraksi di bawah tekanan. Saya mendahului dengan jumlah pukulan yang besar dan saya sangat berhati-hati.

“Bagi saya, lubang keenam adalah paling sukar kerana kedudukan pin di belakang green dan kelajuan green juga menyukarkan saya untuk melakukan putt di lubang itu.

“Saya harap kejayaan ini akan dapat diteruskan dalam kejohanan akan datang,” katanya.-UTUSAN ONLINE