Kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf Meru Valley, Ipoh, Perak, baru-baru ini, meletakkan Mohd. Shamsuri di tangga teratas mengalahkan 124 pemain apabila dia berjaya mencatatkan 74 pukulan keseluruhan dalam kategori Gross.

Kejayaan ini menyemaikan kenangan manis buat dirinya selepas mencuba kali ketiga kejohanan Astro Masters.

“Saya sungguh gembira dengan kemenangan ini, apatah lagi dapat pergi ke Taipei. Sememangnya saya tidak pernah ke sana,” katanya tersenyum bangga dengan puas dengan kejayaan yang dikecapinya.

Bagi Nor Azhar pula, dia turut bersyukur dengan kemenangannya, sekali gus layak menyertai Grand Final di Taipe pada September depan.

Kejayaan ini menambah koleksi Grand Final pemain handikap 11 ini buat kali ketiga sepanjang menyertai kejohanan Astro Master selepas berjaya pada tahun 2015 dan 2017.

“Alhamdulillah, saya berjaya bermain dengan baik walaupun cuaca sejuk dan permukaan green yang licin dan laju. Saya rasa sungguh teruja untuk kali ketiga berjaya ke Grand Final,” ujarnya.

Sementara itu, bagi kategori A, juara milik Moh Wai Kit, diikuti Mohd. Nor Mohd. yang muncul johan kategori B dan Tan Boon Aik kategoti C.