Kejohanan anjuran Kelab Golf Horizon diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan kelab tersebut dengan pengamal media tempatan dan juga Singapura.

Pengarah Operasi Kelab dan Perbandaran Gamuda Land Berhad, Tang Meng Loon berkata, kejohanan golf media merupakan acara tahunan yang dianjurkan kelab dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pengamal media Singapura dan juga Malaysia.

Menurutnya, kejohanan itu merupakan platform untuk kakitangan Gamuda Land merapatkan hubungan dengan rakan-rakan dari media yang sentiasa memberi sokongan kepada Gamuda Land dan anak-anak syarikatnya.

“Kami berterima kasih kepada pengamal-pengamal media tempatan dan juga dari Singapura yang memberi kerjasama sangat positif,” ujar Meng Loon.

Walaupun kejohanan terganggu dengan hujan lebat pada awal permainan, namun semua pemain yang sempat menghabiskan 11 lubang tetap berpuas hari dengan keadaan padang yang baik dan green yang laju.

Pemenang pada kejohanan Horizon Hill Media Golf 2019 bagaimanapun ditentukan melalui undian atau cabutan bertuah.