Pemain dari Ireland Utara itu menamatkan aksi pusingan ketiga dengan catatan satu di bawah par untuk enam di bawah par keseluruhan 207 pukulan.

Catatan tersebut membolehkan Mcllroy berada di tangga keenam dengan perbezaan lima pukulan daripada pendahulu, Gary Woodland.

“Esok saya perlu memanfaatkan segala peluang dengan sebaiknya kerana saya percaya mampu melakukan lebih baik lagi.

“Apa yang anda perlu lakukan di saingan pusingan akhir nanti adalah memastikan semua bola berada di atas fairways.

“Pada hari ini saya dapat rasakan permainan saya tidak begitu baik dan jika saya bermain dengan bagus sudah tentu dapat mengurangkan jurang dengan pendahulu yang telah melakukan bogey,” kata Mcllroy. - AGENSI