Perkara tersebut diumumkan oleh penganjur kejohanan pada hari ini.

Woods telah mengesahkan penyertaannya sebelum ini dan berita terbaharu Mcllroy akan beraksi dalam Kejohanan Zozo bernilai AS$9.75 juta (RM40.25 juta) pada Oktober ini pastinya membuatkan ramai peminat golf teruja.

“Ia pasti berlangsung penuh menarik terutama apabila memperoleh peluang bersaing di Jepun pada tahun ini dan saya tidak sabar untuk aksi berkenaan.

“Saya juga sedar peminat golf di Jepun pastinya akan memberikan sokongan terhadap saya terutama sewaktu kejohanan berlangsung nanti,” kata Mcllroy.

Ketika ini Mcllroy yang menghuni kedudukan ranking No.3 dunia telah berjaya menempatkan diri di kedudukan kedua senarai Piala FedEx. - AFP