MacIntyre menamatkan aksi hari kedua dengan catatan 11 di bawah par selepas melakukan 133 pukulan.

Dalam aksi pusingan kedua dia berupaya mencatat tujuh di bawah par, 65 pukulan malah turut membenam tujuh birdie.

Kata MacIntyre, sehingga kini dia masih memikirkan bagaimana dia mampu melakukan pukulan lebih baik berbanding sebelum ini.

"Pukulan saya bukan sahaja lebih lurus tetapi amat jauh.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa itu berlaku malah ia membuatkan saya masih tertanya-tanya sehingga kini.

"Harapan saya dalam pusingan seterusnya adalah untuk kekal bermain dengan baik selain cuba mendapatkan rentak seperti aksi pusingan kedua ini," kata MacIntyre. - AGENSI