“Eh, cantik juga idea tu. Aku dah lama tak ke sana. Tahun lalu masa aku pergi ke Jakarta, aku juga guna khidmat LGS. Memang murah jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat travel lain. LGS juga menggunakan escort riders untuk elak jalan sesak. Tahu sajalah di Jakarta, kalau tak ada escort riders memang masaklah,” sampuk seorang lagi rakan bersetuju dengan cadangan ke Jakarta menggunakan khidmat LGS.

Seperti juga di Malaysia, Indonesia turut terkenal dengan padang-padang golf yang cantik setaraf TPC Kuala Lumpur, IOI Golf Resort, Kota Permai Golf & Country Club, Glenmarie Golf & Country Club, The Mines Golf Resort, Tropicana Golf & Country Resort dan lain-lain.

Antara padang golf yang sering menjadi pilihan pemain Malaysia apabila berkunjung ke sana adalah Kelab Golf Royal Jakarta, Bogor Raya, Permata Sentul, Sentul Highland, Gading Raya, Damai Indah Golf – BSD, dan banyak lagi.

Boleh dikatakan lebih separuh pemain golf amatur negara menggunakan perkhidmatan LGS apabila berkunjung ke Jakarta atau ke Bandung, Surabaya mahupun ke Bali.

Bagi kebanyakan mereka, LGS adalah yang terbaik setakat ini kerana mampu memberi perkhidmatan yang cukup memuaskan dalam semua segi seperti pakej harga, penginapan, urusan perjalanan dan urusan di kelab-kelab golf yang mana semuanya berjalan lancar.

Perkhidmatan LGS bukan sahaja di Indonesia, malah turut meliputi pakej golf di Thailand, Vietnam dan Kemboja yang juga terkenal kerana mempunyai padang-padang golf menarik serta mampu menggamit pemain-pemain golf amatur mahupun profesional untuk beraksi sambil menikmati pengalaman baharu.

LGS dengan kerjasama KSB Golf, Santai Golf dan Libur Golf sebenarnya mencipta ruang dan peluang kepada pemain-pemain golf tempatan yang ingin merasai kelainan beraksi di kelab-kelab golf terkemuka di Indonesia yang setaraf dengan kelab-kelab negara ini. Aksi berkenaan melalui kejohanan yang dikenali Wonderful Golf Series (WGS) dengan pelbagai pakej yang menarik.

Antara pakej yang diperkenalkan melalui WGS adalah Pakej Golf Indonesia, Pakej Golf Thailand dan Pakej Golf Vietnam.

Pakej WGS yang diperkenalkan sejak 2016 terus mendapat sambutan daripada pemain-pemain golf amatur di negara ini yang ingin merasai kelainan beraksi di luar negara.

Menurut jurucakap LGS, melalui WGS 2019, terdapat beberapa pakej kejohanan golf yang menarik seperti WGS Networking Golf Tournament pada 10-13 Julai 2019 dan Bogor Raya Anniversary Tournament 2019 pada 1-4 Ogos ini.

Seperti pakej golf WGS Networking Golf Tournament, pihak LGS mengenakan harga setiap seorang sebanyak RM2,290 (1 bilik 2 orang) dan RM2.490 seorang (1 bilik 1 orang) manakala untuk pakej golf Bogor Raya Anniversary Tournament pula sebanyak RM1,950 (1 bilik 2 orang) dan RM2,250 (1 bilik 1 orang).

Kedua-dua pakej golf adalah empat hari tiga malam. Bagaimanapun untuk pakej kejohanan WGS Networking Golf Tournament pemain akan beraksi di padang golf seperti Gading Raya, Sentul Highland dan Royal Jakarta. Bogor Raya Anniversary Tournament pula menetapkan Kelab Golf Permata Sentul, Sentul Highland dan Bogor Raya sebagai lokasi pertandingan.

Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang kejohanan manakala pemenang cabutan bertuah bakal bawa pulang wang tunai 10 juta rupiah untuk kejohanan WGS Networking Golf Tournament.

Bagi kejohanan Bogor Raya Anniversary Tournament pula, hadiah-hadiah lebih menarik seperti lapan buah kenderaan iaitu dua Honda CRV, dua Mitsubishi Pajero Sport, dua Honda Civic (New) dan dua Mitsubishi Outlander menanti pemenang yang berjaya melakukan pukulan hole in one.

Selain itu, lapan Yamaha Go Kart, tujuh tiket Malaysia Airlines dan lapan Term Membership untuk setahun bakal menjadi milik pemenang kejohanan Bogor Raya Anniversary Tournament.

Selain pakej kejohanan WGS, LGS juga turut menawarkan pakej percutian menarik kepada mereka yang berminat ‘terbang’ ke Indonesia, Thailand dan Vietnam secara berkumpulan, bersama keluarga mahupun bersendirian.

Pakej murah dan menarik ini cukup berbeza dengan tawaran dari syarikat-syarikat lain di mana harga yang dikenakan amat berpatutan terutama kepada mereka yang ingin bermain golf atau berhasrat makan angin sambil membeli-belah.

Sementara itu, dalam Pakej Golf Thailand, WGS memilih Bangkok, Hua Hin dan Pattaya manakala bagi Pakej Golf Vietnam pula Danang dan Ho Chi Minh.

Lokasi-lokasi ini menjadi pilihan WGS berikutan ramai pemain golf amatur di negara ini gemar bermain golf di sana dan harga yang dikenakan oleh WGS kepada setiap pemain amat berpatutan.

Kepada mereka yang berminat menyertai kejohanan WGS boleh menghubungi Dzul (016-2215426), Lazman (019-2745854) dan Rozam (016 3459933).