“Eh, cantik juga idea tu. Aku dah lama tak ke sana. Tahun lalu masa aku pergi ke Jakarta, aku juga guna khidmat LGS ni.

Memang murah jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat travel lain. Dan LGS juga menggunakan escort riders untuk elak jalan sesak. Tahu sajalah di Jakarta ni, kalau tak ada escort riders memang masak la,” sampuk seorang lagi kawan bersetuju dengan cadangan ke Jakarta menggunakan khidmat LGS.

Seperti juga di Malaysia, Indonesia juga turut terkenal dengan padang-padang golf yang cantik setaraf TPC Kuala Lumpur, IOI Golf Resort, Kota Permai Golf & Country Club, Glenmarie Golf & Country Club, The Mines Golf Resort, Tropicana Golf & Country Resort dan lain-lain.

Kelab Golf Royal Jakarta.
Kelab Golf Royal Jakarta. 

Antara padang golf yang sering menjadi pilihan pemain Malaysia apabila berkunjung ke sana ialah Kelab Golf Royal Jakarta, Bogor Raya, Permata Sentul, Sentul Highland, Gading Raya, Damai Indah Golf – BSD, dan banyak lagi.

Boleh dikatakan lebih daripada separuh pemain-pemain golf amatur negara ini menggunakan perkhidmatan LGS apabila berkunjung ke Jakarta ataupun ke Bandung, Surabaya mahupun ke Bali.

Bagi kebanyakan mereka, LGS adalah yang terbaik setakat ini kerana mampu memberi perkhidmatan yang cukup memuaskan dalam semua segi seperti pakej harga, penginapan, urusan perjalanan dan juga urusan di kelab-kelab golf yang mana semuanya berjalan lancar.

Perkhidmatan LGS bukan sahaja di Indonesia, malah turut meliputi pakej golf di Thailand, Vietnam dan Kemboja (Cambodia) yang juga terkenal kerana mempunyai padang-padang golf menarik serta mampu menggamit pemain-pemain golf amatur mahupun profesional untuk beraksi di sana sambil menikmati pengalaman baharu.

Kelab Golf Bogor Raya
Kelab Golf Bogor Raya 

LGS dengan kerjasama KSB Golf, Santai Golf dan Libur Golf sebenarnya mencipta ruang dan peluang kepada pemain-pemain golf tempatan yang ingin merasai kelainan beraksi di kelab-kelab golf terkemuka di Indonesia yang setaraf dengan kelab-kelab negara ini, melalui kejohanan yang dikenali Wonderful Golf Series (WGS) dengan pelbagai pakej yang menarik.

Antara pakej-pakej yang diperkenalkan melalui WGS ini ialah Pakej Golf Indonesia, Pakej Golf Thailand dan Pakej Golf Vietnam.

Pakej WGS yang diperkenalkan sejak 2016 ini terus mendapat sambutan daripada pemain-pemain golf amatur di negara ini yang ingin merasai kelainan beraksi di luar negara.

Menurut jurucakap LGS, melalui WGS 2019 ini, terdapat beberapa pakej kejohanan golf yang menarik seperti WGS Networking Golf Tournament pada 10-13 Julai 2019 dan Bogor Raya Anniversary Tournament 2019 pada 1-4 Ogos depan.

KENDERAAN Hyundai Starek disediakan kepada peserta yang inginkan
KENDERAAN Hyundai Starek disediakan kepada peserta yang inginkan 

Seperti pakej golf WGS Networking Golf Tournament, pihak LGS mengenakan harga setiap seorang sebanyak RM2,290 (1 bilik 2 orang) dan RM2.490 seorang (1 bilik 1 orang), manakala untuk pakej golf Bogor Raya Anniversary Tournament pula sebanyak RM1,950 (1 bilik 2 orang) dan RM2,250 (1 bilik 1 orang).

Kedua-dua pakej golf adalah empat hari tiga malam, bagaimanapun untuk pakej kejohanan WGS Networking Golf Tournament pemain akan beraksi di padang golf seperti Gading Raya, Sentul Highland dan Royal Jakarta. Manakala Bogor Raya Anniversary Tournament pula menetapkan Kelab Golf Permata Sentul, Sentul Highland dan Bogor Raya sebagai lokasi pertandingan.

Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang kejohanan dan pemenang cabutan bertuah (grand lucky draw) bakal memenangi wang tunai rupiah berjumlah IDR10 juta untuk kejohanan WGS Networking Golf Tournament.

Manakala bagi kejohanan Bogor Raya Anniversary Tournament pula, hadiah-hadiah lebih menarik seperti lapan buah kenderaan iaitu dua Honda CRV, dua Mitsubishi Pajero Sport, dua Honda Civic (New) dan dua Mitsubishi Outlander menanti pemenang yang berjaya melakukan pukulan hole in one.

Selain itu, lapan Yamaha Go Kart, tujuh tiket Malaysia Airlines dan lapan Term Membership untuk satu tahun bakal menjadi pemilik pemenang kejohanan Bogor Raya Anniversary Tournament.

Selain pakej kejohanan WGS, LGS juga turut menawarkan pakej percutian menarik kepada mereka yang berminat ‘terbang’ ke Indonesia, Thailand dan Vietnam secara berkumpulan, bersama keluarga mahupun bersendirian.

Katanya, pakej murah dan menarik ini cukup berbeza dengan tawaran daripada syarikat-syarikat lain di mana harga yang dikenakan amat berpatutan terutamanya kepada mereka ingin bermain golf atau pun berhasrat ‘makan angin’ sambil membeli-belah.

Sementara itu, dalam Pakej Golf Thailand, WGS memilih Bangkok, Hua Hin dan Pattaya manakala bagi Pakej Golf Vietnam pula Danang dan Ho Chi Minh.

Katanya, lokasi-lokasi ini menjadi pilihan WGS berikutan ramai pemain-pemain golf amatur di negara ini gemar bermain golf di sana dan harga yang dikenakan oleh WGS kepada setiap pemain amat berpatutan.

Kepada mereka yang berminat menyertai kejohanan WGS ini bolehlah menghubungi Dzul (016-2215426), Lazman (019-2745854) dan Rozam (016 3459933).- UTUSAN ONLINE

 

WGS NETWORKING GOLF TOURNAMENT 2019

JAKARTA, INDONESIA

Tarikh kejohanan: 10-13 Julai 2019 (pusingan ketiga)

Hari Pertama - Kelab Golf Gading Raya

Hari Kedua - Kelab Golf Sentul Highland

Hari Ketiga - Kelab Golf Royal Jakarta

Hari Keempat - Bertolak ke Kuala Lumpur

 

• CABUTAN BERTUAH (GRAND LUCKY DRAW IDR10 JUTA)

PENGINAPAN

HOTEL LUMINOR JAKARTA KOTA

RM2,290 (1 Bilik 2 Orang) RM2490 (1 Bilik Seorang)

 

PAKEJ TERMASUK:

• Tiket penerbangan (KUL-CGK-KUL)

• Tiga pusingan golf (termasuk green fee, buggy dan kedi)

• Dua kali makan malam

• Goodies

 

BOGOR RAYA ANNIVERSARY TOURNAMENT 2019

BOGOR RAYA, JAKARTA (Tarikh penerbangan 2-5 Ogos 2019)

Tarikh kejohanan: 1-4 Ogos 2019

Hari Pertama - Kelab Golf Permata Sentul

Hari Kedua - Kelab Golf Sentul Highland

Hari Ketiga - Kelab Golf Bogor Raya (Bogor Raya Anniversary Tournament 2019)

Hari Keempat - Bertolak ke Kuala Lumpur

 

• HADIAH HOLE IN ONE – LAPAN BUAH KENDERAAN

PENGINAPAN

IBIS STYLE BOGOR

RM1,950 (1 Bilik 2 Orang) RM2250 (1 Bilik Seorang)

PAKEJ TERMASUK:

• Tiket penerbangan (KUL-CGK-KUL)

• Tiga pusingan golf (termasuk Bogor Raya Anniversary Tournament 2019, green fee, buggy dan kedi)

• Sarapan pagi

• Goodies

• Sekurang-kurangnya lima orang