Kejohanan yang berlangsung di KGT, Titiwangsa itu diadakan sebagai menghargai jasa-jasa Mohamad Fuzi sebagai Presiden KGT yang banyak membantu menaikkan imej KGT.

Mohamad Fuzi yang bersara wajib 4 Mei lalu berterima kasih kepada ahli-ahli KGT yang berjaya menganjurkan pertandingan golf dengan jayanya.

“Syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur dan terima kasih juga kepada semua peserta.

Sepanjang saya menjadi Presiden KGT, banyak usaha dilakukan untuk terus memajukan kelab ini. “Saya doakan semoga kelab golf ini terus berkembang dengan jayanya,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian hadiah kepada pemenang baru-baru ini.