Satu daripada perubahan itu ialah terhadap keseluruhan operasi makanan dan minuman (F&B) yang kini diambil oleh HNF Catering Sdn. Bhd. yang telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan pengalaman luas dalam F&B kelab serta kepakaran katering.

KPGCC pada minggu lalu telah menganjurkan program bagi mempamerkan menu sempena bulan Ramadan di Permai Lounge terkini dengan memberikan beberapa jenis hidangan yang bakal disediakan.

Ia program pratonton pertama dalam sejarah 21 tahun kelab tersebut dengan para hadirin berpeluang menikmati pelbagai juadah yang popular sepanjang bulan Ramadan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut KPGCC lagi, pratonton itu memaparkan kira-kira 70 peratus hidangan sebenar yang disediakan bermula pada 11 Mei dan berakhir pada 1 Jun.

Dengan gabungan antara kakitangan kelab yang berpengalaman serta kepakaran HNF Catering, operasi F&B KPGCC membawa nafas baharu segar dan menerima maklum balas positif daripada pelanggan.

Pengarah Pengurusan Kelab, Perbandaran dan Hartanah kelab, Tang Meng Loon berkata, ia menjadi sebab utama kenapa syarikatnya menganjurkan program tersebut untuk menguar-uarkan bahawa KPGCC telah memulakan perkhidmatan yang bakal memberi pengalaman baharu kepada sesiapa sahaja.