Kejohanan itu yang disertai lebih 80 pemain dari pelbagai pertubuhan media massa dan cetak diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan kelab tersebut dengan pengamal media.

Pengarah Operasi Kelab dan Perbandaraan, Gamuda Land Berhad, Tang Meng Loon berkata, kejohanan golf media merupakan acara tahunan yang dianjurkan kelab dan sentiasa dinanti-nantikan oleh pengamal media.

Katanya, kejohanan itu merupakan satu platform untuk kakitangan Kelab Golf Kota Permai merapatkan hubungan dengan rakan-rakan media yang sentiasa memberi sokongan kepada Kelab Golf Kota Permai.

“Kita berterima kasih kepada semua pengamal media yang memberi kerjasama sangat positif.

“Lapangan golf Kelab Golf Kota Permai pula berada dalam keadaan terbaik dan saya yakin ianya memberi cabaran kepada semua pemain yang menyertai kejohanan ini,” ujar Meng Loon.

Dalam kejohanan tersebut, wakil dari NSTP, Aziz Hassan muncul sebagai juara diikuti Imran Mohamad Nor dari Utusan Malaysia dan Mohd. Sario Omar di tempat ketiga juga dari Utusan Malaysia.