Ketika ini Koepka telah mengumpul 13 di bawah par selepas melakukan 134 pukulan keseluruhan manakala bekas pemain No.1 dunia, Rory Mcllroy berada di tangga kedua dengan catatan 12 di bawah par berkongsi tempat bersama Justin Thomas.

Saingan hari kedua menyaksikan Koepka berjaya melakukan empat birdie namun tetap tidak dapat mengelak daripada melakukan bogey di lubang 13.

Aksi pusingan ketiga dijangka berlangsung sengit berikutan jurang perbezaan yang tidak begitu jauh antara Koepka dengan dua lagi pemain Mcllroy dan Thomas. - AGENSI