Woods, yang masih segar dengan kejayaannya merangkul kejuaraan utama iaitu Kejohanan Masters, bulan lalu, selepas 11 tahun gagal berbuat demikian, membuka pertandingan dengan catatan double bogey di lubang ke-10 dan ke-17 pada pertandingan di Bethpage Black.

Koepka, yang beraksi di samping Woods dan juara Terbuka Britain, Francesco Molinari dalam kumpulan awal mempamerkan permainan cemerlang apabila melakukan birdie di lubang ke-10 serta ke-14 dan meneruskan rentak konsistennya itu di lubang ke-18 dan pertama.

“Saya benar-benar memanfaatkan peluang yang ada, minggu ini. Saya bermain dengan baik. Jika saya melakukan apa yang sepatutnya saya perlu pamerkan, maka saya berasakan amat sukar untuk lawan mengatasi saya,” kata Koepka. - AFP