Berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 18 Ogos ini, peserta yang terpilih turut berpeluang menuntut ilmu dengan legenda golf negara, Shaaban Hussin yang akan mengadakan klinik ‘short game’ sebelum kejohanan berlangsung.

Kejohanan ini terbuka kepada 80 pemain golf remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang menepati syarat ditetapkan.

Bagi kategori lelaki, peserta mestilah mempunyai handikap 20 dan ke bawah manakala untuk wanita, handikap 30 dan ke bawah.

Pemain yang mencatat gross terbaik akan diberikan penajaan penuh untuk menyertai Kejohanan Golf Remaja Asia Pacific Junior Golf Association (APJGA) manakala tempat kedua, ketiga dan lima pasangan ‘blind draw’ akan menerima hadiah berbentuk pingat dan barangan penaja.

Dengan yuran penyertaan RM130, peserta turut mendapat makanan tengah hari, hi-tea, buggy, kemeja-T, beg cenderahati penaja serta hadiah berbentuk hamper dan barangan golf juga dari penaja.

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, orang ramai boleh melawati laman Facebook Sports Unite, Sport Excel dan Seri Selangor Golf Club. - UTUSAN ONLINE