Dalam aksi pusingan pertama Reed dari Amerika Syarikat mencatat satu di atas par 73 pukulan.

Kata Reed, rasa gementar itu tercetus kerana terlalu memikirkan status sebagai penyandang juara sehingga memberi kesan terhadap hayunan pukulannya yang merosakkan catatan pada hari pertama kejohanan.

“Sebelum ini saya dapat mengawal rasa gementar itu dengan baik namun semuanya seakan sukar dikawal ketika saya melakukan pukulan tee-off pertama hari ini terutama selepas mereka mengumumkan nama saya sebagai juara musim lalu.

“Saya akui hari ini saya sangat gementar berbanding saya jangkakan.

“Beraksi dengan status sebagai juara bertahan pastinya memberikan anda lebih tekanan namun saya tetap gembira dengan aksi hari ini,” kata Reed.

Dalam aksi hari ini, Reed berjaya melakukan satu eagle di lubang 13 dan dua birdie namun lima bogey yang dikumpul menyebabkan dia terpaksa berpuas hati dengan catatan satu dia atas par. - AGENSI