“Pada saya ia satu kepulangan terhebat yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini. Saya sendiri tidak percaya dia mampu berada pada tahap ini secara fizikal. Tapi dia berjaya melakukannya.

“Bukan saya sahaja, tiada siapa menjangkakan dia mampu mendapat semula sentuhan seperti dahulu. Mungkin dia sahaja yang mengetahui ceritanya dan yakin pada diri sendiri. Pada saya, macam tidak percaya,” katanya kepada sebuah majalah.

Ikon sukan golf itu menamatkan kemarau kejayaan 11 tahun dengan menjuarai kejohanan Masters pada Ahad dalam saingan mendebarkan sebelum ianya berakhir dengan suasana penuh emosi.

Berusia 43 tahun, Woods hampir menyamai pencapaian pemain tertua, Jack Nicklaus yang memenangi Masters pada usia 46 tahun pada 1986. Begitu juga dengan rekod Woods menjuarai 15 kejohanan utama berbanding Nicklaus sebanyak 18 kali. - AFP