Kejohanan dua hari itu terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Lelaki Gross, Lelaki Senior Gross, Wanita Gross, Lelaki Junior Gross, Wanita Junior Gross, Lelaki Nett, Lelaki Senior Nett, Wanita Nett.

Wong Jie Hau yang bermain handikap 3 muncul juara bagi kategori Lelaki Gross selepas berjaya mengumpul 231 pukulan keseluruhan dua hari perlawanan. Tempat kedua milik Lam Kong Foo dengan 233 mata, manakala Jimmy Chia Kee Joo di tempat ketiga juga dengan 233 mata.

Bagi kategori Lelaki Senior Gross pula, tempat pertama menjadi milik Alan Yap dengan mengumpul 148 pukulan keseluruhan, sementara Goh Kian Yong menduduki tempat kedua dengan 162 mata dan Eh Lim terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas memperoleh 163 mata, perbezaan satu mata dengan Lim.

Bagi kategori Nett, juara milik Chuah Kooi Peng selepas pemain itu mendapat 210 mata keseluruhan, diikuti Foo Hwa Peng di tempat kedua dan Tan Moon Teik di kedudukan ketika dengan 217 mata.

Pemain handikap 17, Zainuddin Othman pula cemerlang dengan 138 mata keseluruhan sekali gus membolehkan menggenggam piala juara Senior Nett.

Sementara itu, bagi kategori wanita pula, Mychelle Tai dinobatkan sebagai juara Gross dengan catatan 156 pukulan keseluruhan, diikuti Ireen Teng tempat kedua dengan jumlah 168 pukulan dan Datuk Azlina di kedudukan ketiga dengan 170 pukulan.

Ho Jo Yee pula berjaya menggenggam trofi juara Wanita Nett selepas mengumpul 139 mata, disusuli Lee Sookja di tempat kedua dengan 146 mata dan diikuti rapat oleh Kam Kim Foong dengan 147 mata.

Bagi kategori Lelaki Junior Gross, juara milik Andrew Yap selepas membenam 174 pukulan, diikuti Nathan Wong, 178 pukulan dan Evan Wong, 190 pukulan.