Pemenang lima kali Jelajah LPGA itu berada di tangga teratas pada hari ini selepas mengumpul catatan 15 di bawah par 129 pukulan.

Dalam aksi 18 lubang pada hari ini, Ji Eun Hee tidak berdepan masalah mendapatkan satu eagle dan enam birdie selain kurang melakukan kesilapan dengan hanya meraih satu bogey.

Nelly Korda dari Amerika Syarikat yang menamatkan saingan lebih awal hari ini, berada di kedudukan kedua dengan catatan keseluruhan 13 di bawah par 131 pukulan manakala Minjee Lee dari Australia dan Brooke Henderson berkongsi tempat ketiga dengan catatan 11 di bawah par 133 pukulan. - AGENSI