Barangan yang menjadi pilihan utama sudah pastinya set irons, driver, 3-wood, 5-wood, rescue, hybrid, wedges mahupun putters. Selalunya ramai kaki golf yang membeli ketika barangan dan peralatan golf ini dijual dengan potongan harga melebihi 50 peratus atau sewaktu ada sale.

Bagi mereka yang baharu berjinak-jinak dengan permainan golf, perlulah mendapat nasihat dari mereka yang pakar dalam bidang golf terutama berkaitan barangan atau peralatan golf yang sesuai dengan status amatur.

Namun, pemain yang sudah berstatus single handikap, mereka sudah pasti inginkan kepuasan, keseronokan dan kejituan pada set irons yang ingin dimiliki. Untuk menepati cita rasa ini, salah satu irons yang anda perlu cuba ialah Vega.

Irons Vega hadir dalam tiga versi - Vega Mizar, Vega Plus dan Vega Tour yang dihasilkan dengan suntikan teknologi terkini dari Jepun yang mampu memberi kepuasan kepada pemakainya tatkala beraksi di padang golf.

Vega Mizar diperbuat daripada keluli karbon s25c lembut ditambah dengan pengukir setebal 3.5 milimeter (mm) dan di sebelah kanannya terdapat 4-A serta penggunaan pemberat tungsten yang progresif.

Vega Mizar adalah irons yang paling kuat dalam keluarannya. Tahap kemampuan juga tinggi dengan permukaan ketebalan berterusan untuk menciptakan rasa keseragaman tatkala pemukulan dilakukan.

Di bahagian bawah irons Vega Miza terdapat pemberat tungsten progresif yang menghasilkan spin lebih rendah dan membantu mencipta pukulan yang lebih konsisten dan jauh.

Mengenai Vega Plus pula, ketebalan di bahagian dalaman pada irons Vega Plus memberi kemampuan muktamad tidak kira di mana anda memukul bola pada permukaannya. Bentuk permukaan yang agak berbeza memberikan kuasa dan jarak yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penggunaan bar pemberat di bahagian bawah kepala membantu menggerakkan CG rendah untuk memberikan prestasi yang optimum bagi pemain yang ingin melancarkan bola tinggi dan berputar rendah.

Sementara irons Vega Tour pula, bahagian dalaman di permukaan irons ini diperbuat daripada keluli karbon lembut yang memberikan rasa dan kemampuan yang luar biasa. Ketebalan konstan 3.5 mm keluli karbon lembut juga turut menghasilkan rasa luar biasa yang diminati oleh para pemain.

Reka bentuk Mizar Tour memastikan CG lebih tinggi untuk pemain yang suka kepada ketinggian bola tatkala pukulan dilakukan.

Barangan dan peralatan Vega ini boleh didapati pada harga berpatutan dan anda boleh berkunjung ke Golfers Dock - pusat customs golf yang terkenal di Dagang Avenue, Taman Dagang, Ampang, Selangor.

Atau anda boleh hubungi wakil pemilik Golfers Dock, Mohamed Raashi Mahmud di talian +6017-2326678 atau melalui e-mel [email protected]