Dua pemain tersebut berada di kedudukan teratas pada hari ketiga selepas mengumpul catatan 14 di bawah 202 pukulan.

Pada aksi 18 lubang hari ini menyaksikan Henderson melakukan catatan tiga di bawah par manakala Norda satu di bawah par.

Pendahulu hari kedua semalam, Ji Eun Hee dari Korea Selatan gagal mengekalkan aksi konsisten sewaktu saingan pusingan ketiga hingga menyebabkan dia hanya mampu berada di tangga ketiga.

Hari ini Ji Eun Hee melakukan lima bogey sekali gus sekadar mencatat dua di atas par. - AGENSI