Sembilan pemain akan layak secara automatik dengan jumlah mata diraih menerusi Kejohanan BMW PGA pada September ini.

“Berdasarkan pengalaman sebagai pemain, kebanyakan mereka lebih selesa apabila dapat layak secara automatik,” kata Harrington.

Dalam aksi tahun lalu, pasukan Eropah berjaya menewaskan Amerika Syarikat dengan keputusan 17½-10½.

Pada tahun lalu, kapten Eropah, Thomas Bjorn menggunakan kesemua wildcard dimiliki bagi membawa masuk pemain berpengalaman seperti Paul Casey, Sergio Garcia, Ian Poulter dan Henrik Stenson ke dalam pasukan. - AGENSI