Salah satu kedai club fitting terbaik yang boleh anda harus kunjungi adalah Golfers Dock yang beroperasi di Dagang Avenue, Taman Dagang, Ampang, Selangor.

Dimiliki oleh dua beradik yang berpengalaman luas dalam bidang club fitting, Mohamed Rasshi Mahmud dan Mohamed Hisham Mahmud, Golfers Dock sedia membantu ‘merawat’ sesiapa sahaja pemain golf amatur yang mempunyai masalah tiada keserasian dengan set golf yang digunakan atau ingin menaik taraf.

Menurut Mohamed Rasshi, kebanyakan pelanggan yang datang ke Golfers Dock bukan hanya untuk membaiki iron yang rosak semata-mata, tetapi lebih kepada adjustment set golf mengikut kesesuaian mereka.

Katanya, setiap pemain golf berbeza karektornya dan mereka mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dengan memiliki set golf yang sesuai dan serasi sekali gus dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi.

“Boleh diibaratkan Golfers Dock lebih kepada ‘merawat’ penyakit yang ada pada pemain golf itu sendiri. Maknanya, kalau seseorang pemain itu hendak pukul lurus tetapi bolanya pergi banyak ke kiri, maka kita akan bantu dia untuk mengurangkan kiri itu.

“Atau pukulan bolanya rendah dan kurang jauh, maka kita akan bantu dia menjadikan pukulan bolanya terbang tinggi dan jauh. “Semua masalah ini kita akan kesan dan atasinya dengan menggunakan kemudahan dan peralatan teknologi yang kita ada,” katanya ketika ditemui di Golfers Dock, baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut, Mohamed Rasshi memberitahu, di Golfers Dock terdapat bilik penilaian (assessment room) dan di bilik inilah bermulanya penilaian jika seseorang pemain golf ingin membuat club fitting.

Katanya, seseorang pelanggan akan dibawa masuk ke bilik penilaian yang dilengkapi dengan peralatan komputer dan skrin layar yang dapat mengesan kelajuan hayunan (swing speed), kelajuan dan arah tuju bola (ball speed and direction).

Pelanggan juga tambahnya, akan diberi pelbagai jenis shaft iron atau driver untuk dicuba sehingga betul-betul sesuai dengan teknik hayunannya. Dari situ seseorang pelanggan akan mengetahui masalah sebenar serta peralatan golf yang paling sesuai dengannya.

“Di Golfres Dock sebenarnya kita bersikap lebih jujur. Kita bukan hanya menjual barangan semata-mata tetapi lebih kepada membantu pelanggan dengan memberi penjelasan tentang peralatan golf yang digunakan dan cara untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Boleh dikatakan Golfers Dock ini lebih kepada Golf Solution Provider. Kita menyediakan penyelesaian-penyelesaian tertentu untuk setiap pelanggan yang datang berurusan dengan kami,” ujarnya.

Mengulas mengenai jenis-jenis shaft, Mohamed Rasshi memberitahu, di Golfers Dock terdapat pelbagai jenis shaft sama ada untuk putter, iron, hybrid atau rescue, 5-wood, 3-wood dan driver dengan pelbagai jenama seperti NSPro Zelos, Modus, KBS, Fujikura serta Ozik.

Bagaimanapun katanya, pelanggan disaran menggunakan shaft Fujikura atau Ozik kerana kedua-duanya lebih stabil dan setanding dengan mana-mana shaft mahal yang lain, malah harganya juga berpatutan.

“Kelebihan sesuatu iron itu terletak pada shaftnya tetapi apabila kita membuat setting, kita kena lihat pula pada matching dengan kepala iron itu. Begitu juga dengan grip yang turut memainkan peranan selepas kita membuat fitting kerana berat dan ringan sesuatu grip itu perlu diambil kira. Kombinasi sepenuhnya akan terhasil selepas seseorang itu membuat fitting.

“Paling mahal shaft yang ada di Golfers Dock adalah Fujikura Daytona Speeder dari Jepun berharga RM3,000. Shaft ini baru sahaja masuk dan ia memang membantu menambah jarak pukulan driver seseorang pemain. Bagaimanapun, tidak semua orang sesuai menggunakan shaft ini kerana setiap orang mempunyai karektor yang berbeza.

“Yang penting adalah kesesuaian menggunakan shaft untuk set golf kita sama ada driver, 3-wood, 5-wood, hybrid atau rescue, iron, wedge atau putter,” jelas Mohamed Rasshi yang menimba ilmu membuat club fitting di Jepun manakala abangnya di Amerika Syarikat.

Selain membaiki dan membuat club fitting, Golfers Dock juga turut menjual barangan golf lain seperti iron Vega yang terkenal dari Jepun pada harga berpatutan dan iron Bently dari United Kingdom (UK).

Untuk sebarang maklumat, anda boleh menghubungi Mohamed Rasshi di talian +6017-2326678 atau melalui e-mel [email protected]