Acara-acara tersebut dijangka akan disertai kira-kira 1,000 ahli kelab tersebut dan tetamu jemputan termasuk pengamal media tempatan.

Menurut Pengurus Kelab GGCC, Nor Afendi Mohd. Razlan, pertandingan memancing akan berlangsung pada 28 Julai ini, larian 3 Ogos dan kejohanan golf 4 Ogos 2019.

Katanya, untuk pertandingan memancing, pihaknya terpaksa menutup awal penyertaan kerana tempat terhad walaupun menerima sambutan yang menggalakkan.

“Untuk kejohanan memancing, kita hanya hadkan kepada 250 orang sahaja, manakala larian 400 peserta dan kejohanan golf 240. Semuanya sudah penuh.

“Saya berterima kasih kepada semua peserta yang memberi sambutan menggalakkan dan sokongan kepada semua acara yang bakal diadakan nanti.

“Melihat kepada sambutan yang diterima, kemungkinan pihak pengurusan GGCC akan menjadikannya sebagai acara tahunan,” katanya ketika dihubungi di sini baru-baru ini.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak penganjur di talian +603 7803 9090 atau Mohd. Izzat Azmi 018-2059626.