Dalam kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$6 juta (RM24.6 juta) itu menyaksikan Diaz menamatkan aksi 18 lubang dengan melakukan 64 pukulan bagi mencatat sembilan di bawah par.

Pada hari ini, Diaz berjaya mendapatkan satu eagle sewaktu di lubang 10 dan turut membenam tujuh birdie malah pemain berusia 32 tahun itu juga berjaya elak daripada melakukan sebarang bogey.

Sementara itu, pemain tuan rumah, Adam Long dan Russell Henley berkongsi di kedudukan kedua dengan catatan tujuh di bawah par selepas melakukan 64 pukulan manakala pemain Scotland, Martin Laird berada di tangga ketiga dengan catatan enam di bawah par, 64 pukulan. - AGENSI