Antara tarikan istimewa dan popular Bufet Istimewa ‘SHUKOOR Kembali Lagi’ ialah pilihan Smoked BBQ & Grill, BBQ Beef Rib, Brazillian Black Mussels dan Ayam Pasu. Ayam, daging dan makanan laut dipanggang secara berterusan dan tetamu boleh mengambil terus makanan dari dapur panggang.

Tarikan unik Bufet Istimewa ‘SHUKOOR Kembali Lagi’ ialah daging Shuwa, dengan kambing dan pelbagai daging yang dipanggang di dalam tanah dalam ketuhar Shuwa, satu gaya masakan dari Semenanjung Arab. Kambing atau daging akan disalut dengan ramuan tebal rempah-ratus berbeza, sebelum dibalut dan dimasukkan ke dalam lubang bawah tanah yang telah dimasukkan bara yang sangat panas.

Apabila kambing atau daging yang dibalut ini diangkat keluar, terhasillah satu rasa yang istimewa lazat di mana kesemua bahan yang dipanggang telah bercampur rasanya di dalam kambing atau daging yang dipanggang, dengan satu lapisan rempah tebal yang garing terbentuk di bahagian luar daging.

Sudah tentu, mana-mana Bufet tidak lengkap tanpa pilihan istimewa masakan kampung. Di Bufet Istimewa ‘SHUKOOR Kembali Lagi’ KSGCC, kita akan menyediakan menu berbeza setiap hari pilihan masakan kampung seperti gulai kawah Kelantan, ayam masak merah, daging salai masak lemak cili api, rendang udang Minang, daging dendeng Perak, ayam kuzi, daging kurma, ayam mendhi, ikan patin masak lemak tempoyak dan banyak lagi, dengan pilihan kerabu dan ulam-ulaman serta pelbagai jenis sambal seperti sambal belacan, sambal tempoyak, sambal ijo, sambal kelapa dan bermacam lagi.

Bufet kali ini juga akan memperkenalkan beberapa menu baru seperti Kari Kambing Bakar, Nasi Ayam, Masakan Dapur Korea termasuk kimchi, bibimbap dan spicy yangnyeom-cikin, pepes ayam bakar, lidah goreng panggang dan coconut shake.

Bufet Istimewa ‘SHUKOOR Kembali Lagi’ KSGCC juga akan menyediakan masakan gerai dengan pilihan makanan kegemaran rakyat Malaysia, termasuk gerai mee rebus, gerai prata dan murtabak, sudut sup campur power dan makanan goreng-goreng seperti cekodok, keropok lekor dan cucur bilis.

Dan pastinya, bubur lambuk, kuih-muih dan pelbagai manisan dan makanan pencuci mulut akan turut disediakan, termasuk satu menu istimewa tahun ini, iaitu durian goreng.

Berbuka bersama KSGCC dan bersedia untuk pengalaman rasa yang menakjubkan!

INFO GRAFIK

Harga:

• Harga Biasa – Dewasa: RM70.00 bersih

• Harga Biasa – Kanak-kanak (7-12 Tahun): RM30 bersih

• Baucar: RM58.00 bersih

Kota Seriemas Golf & Country Club

• Pengurus Kanan Kelab: Shahril Jeffry Zaini

• 18 lubang, Par 72

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Belle/Alyaa

Perhubungan Awam dan Pemasaran

E-mel: [email protected] & e-mel: [email protected]