Selain itu, juara bagi kategori gross dan nett setiap pusingan yang dipertandingkan pula layak bermain pada pentas grand final yang bakal berlangsung di Sunrise Golf & Country Club dan Miramar Golf Country Club, Taipei, Taiwan pada September nanti.

Astro Masters yang memasuki edisi ke-22 adalah siri golf amatur yang paling lama dan berjaya di Malaysia apabila lebih daripada 51,300 pemain golf telah mengambil bahagian dalam acara tersebut selama dua dekad yang lalu.

Menurut Pengerusi Penganjur kejohanan, P. Jeganathan, kejohanan Astro Masters 2019 kali ini tampil dengan imej lebih berprestij di samping kelab-kelab golf baharu menjadi pilihan untuk pusingan kelayakan, manakala dua kelab di Taipie, Taiwan menjadi gelanggang grand final.

“Selain berpeluang bermain di Taipei, peserta akan dapat menguji kemahiran mereka di empat padang golf utama pilihan baharu Astro Masters kali ini iaitu Kelab Golf Palm Garden, The Els Club Teluk Datai, The Els Club Desaru Coast dan Kelab Golf Glenmarie.

“Lebih menarik lagi, peserta yang berjaya melakukan pukulan hole in one bakal membawa pulang sebuah Mazda CX-9 yang berharga lebih RM290,000,” katanya dalam majlis pelancaran Astro Masters 2019 di Tropicana Golf & Country Resort di Damansara, dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Astro Masters 2019 akan membuka tirai kejohanannya pada 2 Mei depan di Tropicana Golf & Country Resort dan sebanyak 11 pusingan dipertandingkan di kelab-kelab golf pilihan di tujuh negeri termasuk Putrajaya.

Pihak penganjur kejohanan masih mengekalkan format strokeplay dengan juara gross dan nett setiap pusingan layak ke grand final di Taipei, Taiwan pada 17-20 September nanti.

Yuran bagi menyertai kejohanan ini ialah RM400 bagi pelanggan Astro dan RM6 www.tfcmgolf.com 00 dikenakan kepada bukan pelanggan dan mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi.

Peminat golf boleh menyaksikan acara-acara utama The Astro Masters 2019 di Astro Supersport 3 HD dan di peranti mudah alih melalui AstroGO.

-------------------

INFO GRAFIK

JADUAL ASTRO MASTERS 2019

PUSINGAN TARIKH LOKASI

Pusingan 1 2 Mei (Khamis) Tropicana Golf & Country Club, Petaling Jaya, Selangor

Pusingan 2 13 Jun (Khamis) Kota Permai Golf & Country Club, Petaling Jaya

Pusingan 3 19 Jun (Rabu) Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor

Pusingan 4 29 Jun (Sabtu) Orna Golf & Country Club, Melaka

Pusingan 5 7 Julai (Ahad) Shan Shui Golf & Country Club, Tawau, Sabah

Pusingan 6 13 Julai (Sabtu) The Els Club Teluk Datai, Langkawi, Kedah

Pusingan 7 18 Julai (Khamis) Horizon Hills Golf & Country Club, Bandar Nusajaya, Johor

Pusingan 8 25 Julai (Khamis) Palm Garden Golf Club, IOI Putrajaya

Pusingan 9 3 Ogos (Sabtu) Meru Valley Golf & Country Club, Ipoh, Perak

Pusingan 10 17 Ogos (Sabtu) The Els Club Desaru Coast, Johor

Pusingan 11 21 Ogos (Rabu) Tropicana Golf & Country Club, Petaling Jaya, Selangor

Grand Final 17-20 September Sunrise Golf & Country Club and Miramar Golf Country Club, Taipei, Taiwan