Pemilihan yang berlangsung pada semalam itu menyaksikan dua jawatan Naib Presiden MGA diisi oleh C C Boo dan Datuk George Bandusena manakala Setiausaha Kehormat badan induk berkenaan menjadi milik Datuk Zulkifli Ismail sementara Bendahari diisi oleh Andrew Bryan Perera.

Mohd. Anwar berkata, dia amat berterima kasih ke atas sokongan yang diberikan oleh semua 54 ahli gabungan yang hadir dalam pemilihan AGM pada kali ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Golf Sarawak kerana menjadi tuan rumah bagi AGM kali ini malah pihak Kerajaan Negeri Sarawak juga telah membantu menaja kejohanan Terbuka Amatur Malaysia edisi ke-117.

“Saya juga menyarankan agar semua pihak berkepentingan dalam industri sukan ini bekerjasama bagi membantu mewujudkan persekitaran positif bukan sahaja dalam kalangan pemain profesional tetapi turut melibatkan pemain amatur,” kata Mohd. Anwar.

Berikut senarai keputusan pemilihan AGM MGA 2019-2021

Presiden: Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor

Naib Presiden: C C Boo

Naib Presiden: Datuk George Bandusena

Setiausaha Kehormat: Datuk Zulkifli Ismail

Bendahari: Andrew Bryan Perera