Buat pertama kalinya juga pihak Allianz beralih lokasi padang golf apabila memilih Kelab Golf IOI, Putrajaya sebagai gelanggang pertandingan selepas enam edisi lalu diadakan di TPC Kuala Lumpur.

Hampir 60 pemain yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan media antaranya Utusan Malaysia, Kosmo!, Media Prima Berhad, New Straits Times, Star Media Group, Malay Mail, Sinar Harian, The Sun, Sin Chew Daily, Malaysian Reserve, Bernama dan Astro Arena menyertai kejohanan kali ini.

Setiap peserta yang dibahagikan kepada 16 kumpulan bersama pengurusan kanan Allianz, mula melakukan tee-off tepat pukul 8.00 pagi di lapangan IOI yang beralun di fairway dan juga green.

“Ini merupakan hari yang sangat kami nantikan setiap tahun. Ia adalah waktu yang terbaik untuk keluar seketika dari pejabat, beriadah, berseronok dan menikmati perlawanan golf bersama rakan media kami.

“Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang menjayakan kejohanan ini. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi pada tahun depan pada kejohanan yang akan diadakan di lapangan menjadi pilihan anda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz, Zakri Khir.

Dalam kejohanan itu, Sarip Omar dari Utusan Malaysia muncul juara dan Aziz Hasan dari NST di tempat kedua.