Kemarol Baharin muncul pendahulu PGM Tertutup Melaka - Utusan Malaysia

Kemarol Baharin muncul pendahulu PGM Tertutup Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas juara tiga kali Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGM) 2015, Kemarol Baharin muncul pendahulu pada hari pertama Kejohanan PGM Tertutup Melaka di Kelab Golf Tiara & Country di sini, hari ini.

Beliau yang belum memenangi sebarang kejuaraan dalam Jelajah PGM tahun ini mencatat enam di bawah par 66 pukulan mengatasi 64 pemain.

Mengekori rapat Kemarol ialah Syahiran Syakir pemain kelahiran Kedah menduduki tempat kedua, ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu apabila melakar catatan lima pukulan di bawah par 67 pukulan.

Pemain ke-1,800 Ranking Golf Dunia (WGR), Paul San pula berada di tempat ketiga selepas melakukan empat bawah par 68 pukulan.

Sementara itu, juara dua jelajah PGM di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) dan Tertutup Penang baru-baru ini, Ben Leong sekadar berada di tempat keenam selepas melakukan dua bawah par 70 pukulan.

“Hari ini saya bernasib baik dapat melakukan dua bawah par dan ketinggalan empat pukulan di belakang Kemarol. Esok saya cuba melakukan yang terbaik,” kata Ben yang menduduki tangga teratas Order of Merit Jelajah PGM 2025.

Dua pemain skuad Sukan Malaysia (Sukma) Melaka di Selangor tahun depan, Adif Haikal Mohd. Hazan (85 pukulan) dan Wan Daniel Hafiz Wan Zain (88 pukulan) sekadar menduduki tempat ke-62 dan 63 daripada 65 pemain.

Pemain veteran, Zurie Harun sekadar berada di tempat ke-14 apabila mencatat par 72 pukulan. Sukree Othman pula di tempat ke-26 dengan 74 pukulan sementara Tan Yih Wei melakukan 76 pukulan di tempat ke-41.

TAN Yih Wei melakukan pukulan dari bunker di lubang terakhir lapangan Woodlands pada hari pertama Kejohanan PGM Tertutup Melaka di Kelab Golf Tiara & Country, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Bagi kategori wanita pula, Jocelyn Chee muncul pendahulu apabila melakar catatan empat bawah par 68 pukulan.

Pendahulu Order Of Merit Jelajah PGM 2025, Zulaikah Nasser berada di tempat kedua apabila mencatat dua bawah par 70 pukulan manakala Amalia Shahzan yang mencatat satu bawah par 71 pukulan di tempat ketiga.

Seorang lagi pemain pilihan, Liyana Durisic mempamerkan aksi kurang memberangsangkan apabila sekadar mencatat 74 pukulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN