Naib Presiden I kelab berkenaan, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata kejohanan selama tiga hari itu adalah anjuran bersama KGDP, kerajaan Pahang dan Persatuan Golf Malaysia.

"Penyertaan dibuka kepada 120 peserta lelaki dan wanita yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000.

"Setakat ini, 30 pemain sudah mengesahkan penyertaan dan mereka yang berhasrat boleh berbuat demikian sehingga 20 Sept ini," katanya pada sidang media di KGDP di sini, hari ini.

Sallehuddin yang juga Setiausaha Kerajaan Pahang berkata yuran penyertaan ialah RM300 bagi ahli KGDP dan RM350 untuk bukan ahli manakala pemain luar negara sebanyak USD120 seorang.- BERNAMA