Amiruddin Ibrahim yang memiliki handikap 5 muncul juara bagi Kategori A dengan catatan 68 manakala Mohd. Shukri Mustapha dengan handikap 7 merangkul kejuaraan Kategori B menerusi catatan 70.

Kategori C menyaksikan Hamdan Abd. Rahman dengan handikap 14 muncul juara dengan keputusan 66 manakala Fariul Fadzil Abd. Rahim yang memiliki handikap 20 meraih 67 dan Kategori D menjadi miliki Azmi Ismail (24) dengan catatan 66.

Hadiah utama cabutan bertuah berupa tiket pergi balik Kuala Lumpur ke Phnom Phenh sumbangan Malaysia Airline menjadi miliki Safiallah Zakaria.

Juara dalam setiap kategori akan bersaing dalam aksi Final Kebangsaan pada 15 September ini di Sabah Golf and Country Club bagi mendapatkan slot mewakili Malaysia untuk beraksi di Final WAGC Dunia yang akan berlangsung di empat lapangan di Kota Kinabalu bermula 19-26 Oktober.

Sejak diperkenalkan pada 1995, Final WAGC menjadi platform kepada pemain golf amatur di seluruh dunia untuk beraksi di kejohanan bertaraf antarabangsa.

WAGC secara tidak langsung merapatkan hubungan banyak pihak termasuk pemain, syarikat korporat dan banyak lagi bagi menyuburkan sukan itu di persada antarabangsa serta tempatan.

PEMENANG pusingan kelapan bergambar selepas majlis penyampaian hadiah di Kelab Golf Danau, Bangi, baru-baru ini.