Juara lapan kali itu terlepas peluang menjulang kejuaraan kesembilannya selepas tewas 6-7 (7-5), 6-1, 6-7 (7-4), 6-4, 12-13 (7-3) di Center Court kepada Djokovic dalam aksi yang memakan masa hampir lima jam di All England Club.

Buat kali pertama dalam sejarah, aksi final itu diheret hingga ke ‘tie break’ 12-12 sebelum pemain dari Serbia itu meraih kejuaraan kelimanya.

“Saya akan cuba melupakan perlawanan ini tetapi saya akui ia adalah perlawanan yang hebat.

“Segala elemen digunakan dalam perlawanan panjang ini. Kami masing-masing ada peluang untuk meraih kejuaraan dan saya percaya, kami sudah menampilkan aksi tenis terhebat.

“Novak adalah pemain yang hebat. Aksi final ini adalah sesuatu yang sangat gila,” katanya.

Federer menegaskan, kegagalan itu tidak akan menghalangnya untuk memburu kejuaraan Grand Slam ke-21 meskipun akan menginjak ke usia 38 tahun.

“Perjuangan saya masih belum selesai. Saya memerlukan sedikit masa untuk kembali cergas sepenuhnya selepas perlawanan ini.

“Saya berharap perkara boleh dilakukan kepada semua pemain yang berusia 37 tahun,” kata Federer.-AGENSI