Albot menguasai permainan dengan baik dan mendatangkan banyak masalah kepada juara grand slam dua kali itu yang dilihat cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di Stadium Hard Rock.

Bagaimanapun, pengalaman yang dimiliki pemain Switzerland itu menjadi kelebihan untuk mara ke pusingan seterusnya dan akan akan bertemu pemain dari Serbia, Filip Krajinovic yang mengejutkan juara grand slam tiga kali Stan Wawrinka 5-7, 6-2, 7-6 (7/5).

“Saya fikir Radu bermain dengan hebat, sudah tentu ini aksi yang sukar dan saya dipaksa bertungkus-lumus. Saya berasa amat lega dan gembira apabila berjaya melepasinya,” akui Federer yang merupakan juara Terbuka Miami tiga kali. - AFP