Kedua-dua kemenangannya kelihatan lebih mudah dicapai oleh juara Kejohanan Juara-juara 2015 itu setelah menewaskan Pauline Blumsky dari Niue 21-5 dan kemudian menundukkan Pinki dari India dengan catatan serupa.

Semalam dia memulakan persaingan dalam Kumpulan D dengan menundukkan Katherine Rednall dari England 21-11 dan Litia Tikoisuva dari Fiji 20-9.

Mengakui prestasinya berada di tahap bagus ketika ini, Emma berkata, dia yakin sasaran mengutip pingat emas semakin cerah.

“Saya berpuas hati dengan prestasi setakat ini. Sasaran adalah pingat emas, insya-Allah jika prestasi dapat dikekalkan peluang nampak cerah,” kata atlet berusia 32 tahun itu.

Di Glasgow, Scotland empat tahun lalu atlet dari Selangor itu dalam Sukan Komanwel apabila memenangi perak pertamanya bagi acara fours.

Dia turut bersaing dalam acara triples namun trio negara gagal melepasi peringkat seterusnya.