Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dalam satu kenyataan memberitahu, FitMalaysia 2019 akan diberi nafas baharu dengan tujuan utama sebagai asas penyatuan serta menggalakkan masyarakat bergiat aktif dalam aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi.

FitMalaysia memberi penekanan kepada penggunaan dan penyediaan kemudahan sukan yang seimbang kepada masyarakat bandar dan luar bandar.

“Selain E-Sport, pelbagai acara lain turut disediakan termasuk sukan berbentuk rekreasi, kecergasan, sukan OKU (orang kurang upaya) dan pelbagai aktiviti lain untuk menggalakkan penyertaan orang ramai di negeri ini.

“Bagi penganjuran kali ini, kami menyasarkan penyertaan sekitar 10,000 orang,” katanya.

Antara aktiviti yang akan disediakan termasuk Pertandingan E-sports (PUBG & Mobile Legend), fit warrior, jump street challenge, para fun walk, aerobikthon, war cry challenge dan tarian kecergasan.-UTUSAN ONLINE