Kedua-dua atlet tersebut mencatatkan lompatan setinggi 2.21m untuk ke saingan seterusnya di Carrara Sports and Leisure Centre pada Rabu ini.

Olimpian negara, Hup Wei tidak mempunyai masalah untuk menempah slot ke final apabila berada di kedudukan kelapan keseluruhan.

Nauraj, bagaimanapun, terpaksa menunggu sebelum disahkan ke final oleh penganjur apabila berakhir di kedudukan ke-13 keseluruhan.

Mengikut format awal, hanya 12 atlet terbaik layak ke final namun Nauraj turut mendapat tempat ke saingan seterusnya apabila mencatatkan rekod sama dengan 12 atlet lain iaitu 2.21m, hari ini. - BERNAMA