Pilihan utama dan pemain No. 1, Djokovic meneruskan perjuangannya mempertahankan keempat-empat gelaran Grand Slam buat kali kedua dengan menyingkirkan wakil Jerman, Jan-Lennard Struff 6-3, 6-2, 6-2.

Pemain berusia 32 tahun itu akan bertemu pilihan kelima, Alexander Zverev dan itu merupakan penampilan ke-13 Djokovic di suku akhir dekat Paris.

“Sukar untuk bermain dalam cauca hujan namun inilah Paris. Saya yakin dengan pukulan sendiri dan berharap dapat meneruskan aksi seperti ini,” kata Djokovic.

Zverev dari Jerman dipaksa bekerja keras sebelum mara ke suku akhir untuk menyingkirkan wakil Itali, Fabip Fognini dengan kemenangan 3-6, 6-2, 6-2, 7-6 (7/5).

“Pastinya perlawanan menarik dan sengit menentang Novak, pemain No. 1,” kaa Zverev yang mempunyai rekod 2-2 menentang Djokovic.

Sementara itu, Halep mara ke suku akhir di Terbuka Perancis buat kali keempat dalam tempoh 45 minit selepas menyingkirkan pemain remaja Poland, Iga Swiatek.

Pemain dari Romania yang merupakan pilihan ketiga itu mencatat kemenangan mudah 6-1, 6-0. Halep akan bertemu pemain berusia 17 tahun dari Amerika Syarikat (AS), Amanda Anisimova yang sebelum itu menyingkirkan Aliona Bolsova dari Sepanyol dengan keputusan 6-3, 6-0. - AFP