Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persatuan Tenis Profesional (ATP) hari ini, bintang Serbia itu mengatasi Rafael Nadal yang baru dinobatkan sebagai juara Terbuka AS buat kali keempat hari ini.

Djokovic mengumpul 9,865 mata, 640 mata mengatasi jaguh Sepanyol, Nadal manakala bintang Switzerland, Roger Federer di tempat ketiga dengan 7,130.

Pemain Rusia, Daniil Medvedev yang tewas dalam pertarungan sengit lima set kepada Nadal pada final Terbuka AS, naik satu anak tangga ke kedudukan keempat. - AGENSI

RANKING TENIS LELAKI (10 terbaik)

1. Novak Djokovic (SRB) 9,865 mata

2. Rafael Nadal (ESP) 9,225

3. Roger Federer (SUI) 7,130

4. Daniil Medvedev (RUS) 5,235 (+1)

5. Dominic Thiem (AUT) 4,575 (-1)

6. Alexander Zverev (GER) 4,095

7. Stefanos Tsitsipas (GRE) 3,420 (+1)

8. Kei Nishikori (JPN) 3,375 (-1)

9. Karen Khachanov (RUS) 2,810

10. Roberto Bautista (ESP) 2,575

*Dalam kurungan (kenaikan yang dialami)