Djokovic berjaya memenangi 24 perlawanan musim ini dan kecemerlangan itu hampir menandingi rekod legenda tenis, Ivan Lendl dengan rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan pada 1986.

Ketika ini pemain Serbia itu menduduki ranking No. 2 dunia dan telah memperoleh empat kejuaraan termasuk Terbuka Australia, Dubai dan Master Indian Wells serta di Miami.

"Ini adalah yang terbaik saya perolehi dalam empat bulan ini, bagaimanapun ini masih di awal musim.

"Terlalu awal untuk berkata tentang ranking No.1 dunia ketika ini. Bagi saya Rafa masih pemain terbaik dunia.

''Jika saya mahu memperoleh tempat sebagai pemain No.1 dunia, saya perlu konsisten dengan prestasi yang ada kini,'' kata Djokovic.

Pada perlawanan kelmarin, Djokovic memerlukan masa 3 jam 30 minit untuk menjinakkan Nadal, selain terpaksa bekerja keras pada set penentuan selepas tewas pada set pertama.

"Apa yang dilakukannya sungguh menakjubkan kerana dia dapat bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan yang tinggi.

"Kini saya hanya mampu berkata dia (Djokovic) adalah pemain tenis yang hebat,'' kata Nadal. - AFP.