Del Potro terpaksa berhempas pulas selama tiga jam, 31 minit pada saingan suku akhir itu yang dianggap cukup mencabar buat pemain apabila terpaksa beraksi dalam keadaan cuaca terlalu panas dan ekstrem.

Cuaca yang mencecah 37.7C itu membuatkan kedua-dua pemain tinggi lampai Del Potro dari Argentina dan pemain tuan rumah, Isner kelihatan tidak selesa namun kedua-duanya masih mampu melakukan 26 dan 14 servis aces.

Ia sudah memadai buat Del Potro yang juga juara Terbuka AS 2009, untuk melangkah ke kelompok empat terbaik buat kali ketiga.

Dia bakal berdepan saingan sama ada Rafa Nadal atau pemain Austria yang juga pilihan kesembilan, Dominic Thiem yang bakal bertarung dalam satu lagi saingan suku akhir, pagi ini. – AFP