Dalam ranking terbaru Persatuan Tenis Wanita (WTA) yang dikeluarkan hari ini, bintang Australia, Ashleigh Barty pula mengetepikan Naomi Osaka dari Jepun untuk muncul pemain wanita No. 1 dunia yang baru.

Kejayaan merangkul gelaran Grand Slam pertama selepas mengejutkan Serena Williams dalam perlawanan akhir di New York semalam membolehkan Andreescu naik 10 anak tangga.

Pemain remaja berusia 19 tahun itu hanya satu anak tangga di belakang Osaka yang mengalami kejatuhan ekoran kegagalan mempertahankan gelaran Terbuka AS. - AFP

RANKING TENIS WANITA (10 terbaik)

1. Ashleigh Barty (AUS) 6,501 mata (+1)

2. Karolina Pliskova (CZE) 6,125 (+1)

3. Elina Svitolina (UKR) 5,032 (+2)

4. Naomi Osaka (JPN) 4,846 (-3)

5. Bianca Andreescu (CAN) 4,835 (+10)

6. Simona Halep (ROU) 4,803 (-2)

7. Petra Kvitova (CZE) 4,326 (-1)

8. Kiki Bertens (NED) 4,325 (-1)

9. Serena Williams (USA) 3,935 (-1)

10. Belinda Bencic (SUI) 3,738 (+2)

*Dalam kurungan (kenaikan yang dialami)