Kejohanan julung kali anjuran M-150 Muaythai & Sports dengan kerjasama Ronie Tinted dan Persatuan Sukan Boxing Negeri Kelantan (PSBNK) itu dijangka menarik kehadiran lebih 10,000 penonton.

Presiden M-150 Muaythai & Sports, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, dia percaya regu tersebut akan menjanjikan aksi hebat dan dinanti-nantikan selepas pertemuan peninju-peninju tempatan.

Katanya, Walib kini memegang rekod belum pernah tewas sepanjang penglibatannya sebanyak lebih 100 kali manakala Che Pol M-50 pula merupakan bekas pemegang tali pinggang Persekutuan Boksing Dunia (WBC) tahun 2010 yang kini kembali selepas berehat panjang.

“Peminat sukan tinju tempatan berpeluang menyaksikan kehebatan jaguh-jaguh sukan seni mempertahankan diri tempatan dan luar negara pada kejohanan yang cukup berprestij itu.

“Pihak penganjur juga akan menyalurkan dana kejohanan ini kepada tabung SK Pasir Pekan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohd. Fared yang juga Presiden Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia ( MFMP) , siri kali inj merupakan salah satu kejohanan terbesar pernah dianjurkan di negeri ini.

Katanya, semua perlawanan melibatkan enam regu sebanyak 12 peninju itu akan diadakan bermula pukul 8 malam dengan tiket dijual pada harga RM15 (Dewasa) dan RM5 (kanak-kanak).

“Tiket ini boleh dibeli di melalui promoter kejohanan iaitu Ronie Tinted atau bintang Youtube terkenal Alieff Irfan di talian 0179309818.

“Setakat ini sebanyak 5000 keping tiket sudah terjual dan kepada semua peminat muaythai ini diminta datang

beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta yang bertanding,” katanya. - UTUSAN ONLINE