Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, usaha itu perlu dilaksanakan bermula sekarang bagi memastikan atlet negara bersedia untuk menghadapi temasya itu nanti.

“Breakdance sudah memang ada di negara ini dan kita perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi 2024.

“MSN akan memperhalusi sukan-sukan baharu ini. Breakdance sudah lama ada cuma mungkin tiada koordinasi yang baik dan kami akan berusaha untuk menjadikan sukan ini sebagai institusi bagi menghadapi Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Sebelum ini, acara breakdance disenaraikan untuk menyertai sukan baharu dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dan perkara itu disahkan oleh Ketua Jawatankuasa Penganjur Paris 2024, Tony Estanguet yang mahu sukan berkenaan mampu menjadikan Sukan Olimpik lebih ‘urban’ dan artistik.-UTUSAN ONLINE