Borneo Eagles terdahulu turut membalas dendam terhadap kekalahan kepada Iconz Australia dalam final tahun lalu apabila menyingkirkan pasukan itu 21-10 pada separuh akhir.

Hong Kong Dragons pula mengalahkan Sabah Eagles 24-0 dalam satu lagi separuh akhir.

Dibimbing bekas bintang All Black, Josh Van Lieshout, Borneo Eagles berterima kasih kepada Glen Dale Cook Cakutini yang melakukan dua try, selain menyempurnakan conversion.

“Ini adalah final, dua pasukan terbaik berentap sesama sendiri dan pertarungan sangat sengit. Melihat kepada keputusan pun anda boleh tahu, jadi pujian wajar diberi kepada ke­dua-dua pasukan.

“Kami hanya mahu meneruskan rentak cemerlang dan fokus kepada pertahanan. Mereka ada beberapa penyerang yang besar, jadi kami kena patahkan strategi lawan.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan pasukan dan Kalau ada peluang, mahu bekerjasama dengan Eagles sekali,” kata Lieshout.

Saingan wanita pula menyaksikan wakil Jepun, Nagato Blue Angels memenuhi status pilihan dengan membenam ­Southern District dari Australia 39-0.

Juara lelaki membawa pulang AS$10,000 (RM40,647) dan naib juara AS$5,000 (RM20,323) manakala juara wanita AS$4,000 (RM16,259), diikuti naib juara menerima AS$2,000 (RM8,129). - UTUSAN ONLINE