Ketinggalan pada awal permainan, pasangan negara memintas Nicolene Neal dan Colleen Piketh dalam ends ke-17 untuk mendahului 15-13 sebelum berjaya memastikan kemenangan dalam ends terakhir dengan kelebihan hanya satu mata.

Ini adalah pingat emas pertama dan satu-satunya untuk Malaysia menerusi boling padang daripada lapan acara disertai.

“Saya sangat gembira dengan semangat juang mereka. Walaupun di atas kertas kita kelihatan akan kalah setelah ketinggalan 5-13 pada satu ketika (dalam ends ke-13) tetapi mereka tidak patah semangat dan terus berjuang dan akhirnya mencipta kemenangan,” kata pengurus pasukan Datin 
Seri Tengku Noor Hazah Tengku Abd. Aziz Shah. - UTUSAN ONLINE