Pengurus Real, Zinedine Zidane yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu mengeluarkan bintang Wales itu bagaimanapun turut menurunkannya dalam aksi pembukaan liga, minggu lalu.

Bale mencipta gerakan untuk gol pembukaan Real yang disempurnakan oleh Karim Benzema sebelum mereka menang 3-1 ke atas Celta Vigo.

Pada ketika Eden Hazard masih diketepikan akibat kecederaan paha, Bale perlu mengambil sepenuh peluang untuk menambat hati peminat Real di Santiago Bernabeu.

Benzema pula dijangka terus mengetuai jentera serangan bersama Bale dan Vinicius Junior manakala Isco mungkin mengetepikan James Rodriguez bagi mengisi kekosongan Modric. - AGENSI