Zhang, 27, menjadi warga China pertama dalam senarai 24 ahli lembaga ECA yang mewakili 246 kelab dan dia diberi mandat selama empat tahun sehingga 2023.

“Memang saya muda tetapi usia tidak memberi sebarang makna.

“Saya akan salurkan semangat serta idea baharu saya kepada bola sepak Eropah dan saya sudah bersedia dengan jawatan ini,” katanya.

Zhang yang merupakan anak kepada pemilik Chinese Suning Commerce Group, Zhang Jindong merupakan pemilik Inter sejak 2016.

“Suning sudah berada dalam dunia bola sepak hampir enam tahun dan saya sudah bersama Inter selama tiga tahun. Saya masih dalam proses pembelajaran.

“Saya seorang yang sangat kompeten selain memiliki visi bola sepak global.

“Di Amerika Syarikat dan China, ramai usahawan muda memegang jawatan pengurusan tertinggi kerana mereka memiliki idea baharu.

“Bola sepak tidak hanya permainan 90 minit. Teknologi, video dan media sosial adalah sangat penting pada hari ini,” katanya.-AFP