Zairil Khir
Zairil Khir

Zairil berkata, keputusan itu diambil berikutan kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dalam saingan Liga Super apabila menamatkan cabaran di tempat tercorot walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Zairil yang menerajui pasukan berkenaan sejak awal musim sebelum ini berdepan protes penyokong setia pasukan Harimau Kumbang yang tidak mahu beliau ‘masuk’ ke dalam FAP .

“Kami (Pengurusan FAP), pada mulanya membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang, namun apabila prestasi pasukan tidak menonjol, pengurusan melakukan perubahan dengan membawa masuk jurulatih tempatan, Zainal Abidin Hassan, namun nasib tidak menyebelahi pasukan,” katanya. - UTUSAN ONLINE