Yusri berkata, meskipun berdepan ‘tekanan’ namun dia menganggap perkara itu sebagai satu cabaran yang perlu diharungi sejurus menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAF).

“Sebagai jurulatih kami ajar supaya bersedia menerima sebarang tekanan.

“Saya akui tekanan di Kelantan amat kuat sebagaimana yang telah dilalui musim lalu,” katanya.

Yusri memberitahu, sebelum kembali ke semula ke Kota Bharu dia telah melakukan kaji sedilik masalah yang sedang dihadapi oleh TRW ketika ini.

“Kecederaan Cassio De Jesus, ketiadaan penyerang dan keputusan yang menyaksikan Kelantan tidak boleh berada di tempat selayaknya.

“Begitu juga dengan masalah gaji yang saya hanya tahu melalui media.

“Jadi saya perlu ke Kota Bharu untuk berhadapan dengan pemain dan melihat sejauh mana keadaan itu dapat diperbaiki kembali,” ujarnya.

Biarpun mendapat tawaran untuk meneruskan tugas bagi menghadapi musim 2019, dia bagaimanapun memutuskan untuk menyertai Kuala Lumpur, sebelum meletak jawatan pada 11 Mac lalu.

Sepanjang membimbing Kelantan musim lalu, Yusri berjaya membawa pasukan itu melangkah ke suku akhir Piala Malaysia.-UTUSAN ONLINE